Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan Aidilfitri ceriakan ribuan keluarga di Parlimen Tanjong Manis
  • WILAYAH

Sumbangan Aidilfitri ceriakan ribuan keluarga di Parlimen Tanjong Manis

Utusan Sarawak 9 hours ago
AHLI Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir Yusuf Abd Wahab menyerahkan sumbangan kepada komuniti Muslim bagi kawasan Parlimen Tanjong Manis di Daerah Sarikei. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

SARIKEI: Lebih kurang 6,700 keluarga di Parlimen Tanjong Manis telah menerima sumbangan Aidilfitri sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat menjelang sambutan yang bakal tiba.

Sumbangan tersebut diagihkan melalui Program Sumbangan Ingatan Tulus Ikhlas yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir Yusuf Abd Wahab bersama kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis, khusus kepada komuniti Muslim yang bakal menyambut Aidilfitri di kawasan Parlimen Tanjong Manis.

Secara keseluruhannya, agihan tersebut melibatkan komuniti Muslim di beberapa kawasan termasuk sebahagian Daerah Sarikei, Daerah Meradong, Daerah Daro dan seluruh Daerah Tanjong Manis.

Inisiatif ini diadakan sebagai tanda ingatan serta keprihatinan kepada masyarakat setempat di samping membantu menceriakan lagi sambutan Aidilfitri.

Ia diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada para penerima dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 1447H, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga Tanjong Manis khususnya umat Islam yang meraikan perayaan yang penuh bermakna ini.

“Semoga Aidilfitri yang disambut membawa keberkatan, kebahagiaan dan kegembiraan penuh makna buat kita semua, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim, perpaduan dalam kalangan masyarakat Parlimen Tanjong Manis.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri serta menjadi tanda ingatan dan keprihatinan saya kepada seluruh warga di Parlimen Tanjong Manis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yusuf turut berharap agar sambutan Aidilfitri pada tahun ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di kawasan Parlimen Tanjong Manis.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Karnival Bazar Ramadan Sibu Jaya rancakkan ekonomi komuniti
Next: Program Ihya Ramadan kukuhkan silaturahim komuniti di Masjid Darul Khairat Bakam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.