Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Spurs sambar gol lewat, kecewakan Liverpool
  • SUKAN

Spurs sambar gol lewat, kecewakan Liverpool

Utusan Sarawak 9 hours ago

Richarlison muncul wira lewat apabila jaringannya minit ke-90 memastikan Tottenham Hotspur mengikat Liverpool 1-1 di Anfield. Foto AFP

LIVERPOOL: Tottenham Hotspur menafikan kemenangan tuan rumah apabila jaringan minit ke-90, Richarlison memastikan keputusan seri 1-1 menentang Liverpool awal pagi tadi. 

Gol sepakan percuma Dominik Szoboszlai sebelum itu hampir menghadiahkan kemenangan buat Liverpool, sekali gus meletakkan Spurs di ambang kekalahan ketujuh berturut-turut dalam semua kejohanan.

Namun, kelalaian barisan Arne Slot pada penghujung aksi membuka ruang buat Spurs menyamakan kedudukan, sekali gus menamatkan rekod buruk mereka dan menyuntik harapan untuk kekal dalam Liga Perdana.

Keputusan itu menyaksikan Tottenham kini satu mata di depan pencabar penyingkiran, sekali gus memberi kelegaan buat pengendali sementara Igor Tudor yang sebelum ini dikritik hebat susulan kekalahan besar di pentas Eropah.

Liverpool pula terlepas peluang keemasan untuk melonjak ke kelompok empat teratas walaupun naik ke tangga kelima mengatasi Chelsea. 

Slot merehatkan beberapa tonggak termasuk Mohamed Salah dan Hugo Ekitike menjelang aksi penting menentang Galatasaray.

Penjaga gol tuan rumah Alisson Becker beberapa kali menjadi penyelamat dengan menafikan percubaan Richarlison, namun kesilapan di benteng akhirnya dihukum apabila Randal Kolo Muani menewaskan Andy Robertson sebelum membantu gol penyamaan Spurs. 

Keputusan seri itu menambah tekanan buat Liverpool yang masih bergelut mencari konsistensi pada fasa penting musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: JDT juara Liga Super kali ke-12 berturut-turut
Next: ‘Titik perubahan’ Spurs di Anfield

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.