Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • MSSB Bank sumbang RM85,000 bantu pelajar B40 di Sarawak Skills
  • PENDIDIKAN

MSSB Bank sumbang RM85,000 bantu pelajar B40 di Sarawak Skills

Utusan Sarawak 6 hours ago
MBSB Bank Berhad menyumbang RM85,000 bagi membantu 340 pelajar beragama Islam daripada keluarga B40.

KUCHING: MBSB Bank Berhad menyumbang RM85,000 bagi membantu 340 pelajar beragama Islam daripada keluarga B40 yang sedang menuntut di bawah Kumpulan Institusi Pengajian Sarawak Skills.

Sarawak Skills dalam kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan itu sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank tersebut, bertujuan membantu meringankan beban kewangan pelajar kurang berkemampuan semasa mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Di bawah inisiatif ini, setiap pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM250, yang memberi manfaat kepada pelajar daripada  beberapa institusi dalam kumpulan Sarawak Skills.

“Penerima terdiri daripada 155 pelajar Sarawak Skills Kuching manakala Institut Automotif dan Kimpalan Sarawak (44), Sarawak Skills Sri Aman (16), Sarawak Skills Mukah (46), Sarawak Skills Miri (62) dan Institut Latihan Pertanian dan Vokasional Sarawak (16) dan Sarawak Skills Bintulu (seorang),” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Pengurus MBSB Bank Wilayah Sarawak Hawina Abang Hipni menyerahkan cek cura kepada Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri pada majlis yang diadakan di Sarawak Skills Kuching, di sini.

Hallman dalam kenyataan itu mengucapkan penghargaan kepada MBSB Bank atas sumbangan tersebut yang memberi manfaat besar kepada pelajar daripada keluarga B40 serta membolehkan mereka fokus kepada pengajian dan pembangunan kemahiran.

Beliau berkata inisiatif sebegini menekankan kepentingan kerjasama antara institusi pendidikan dan rakan industri dalam memupuk tenaga kerja yang mahir dan kompeten.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Ibu bapa digalak beri sokongan berterusan kepada pendidikan anak
Next: KPM perinci mekanisme BDR dan PdPR minggu depan, pastikan matlamat penjimatan tercapai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.