Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh motosikal diubah suai disita dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok
  • JENAYAH

Tujuh motosikal diubah suai disita dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok

Utusan Sarawak 4 hours ago
OP Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal yang dijalankan di sekitar Bandar Saratok, Roban dan Kabong dari 2 Mac lalu hingga hari ini. Foto IPD Saratok

SARATOK: Polis berjaya menyita tujuh motosikal yang dipercayai diubah suai secara tidak sah dalam Op Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal yang dijalankan di sekitar Bandar Saratok, Roban dan Kabong dari 2 Mac lalu hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata kesemua motosikal tersebut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas didapati melanggar peraturan jalan raya.

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan oleh pasukan yang terdiri daripada dua pegawai kanan bersama tujuh anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Saratok, Balai Polis Saratok serta Unit MPV IPD Saratok.

OP Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal yang dijalankan di sekitar Bandar Saratok, Roban dan Kabong dari 2 Mac lalu hingga hari ini. Foto IPD Saratok

Katanya, sepanjang operasi tersebut dijalankan, polis turut mengeluarkan sebanyak 64 saman PDRM 257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan.

Beliau menjelaskan, antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah ubah suai kenderaan sebanyak 25 kes, tidak mematuhi isyarat lalu lintas (18 kes), menunggang motosikal tanpa lesen memandu (enam kes) serta tidak memakai topi keledar (lima kes).

Menurut DSP Mathew, operasi tersebut turut dilaksanakan susulan aduan orang awam berhubung tindakan segelintir penunggang motosikal, khususnya golongan remaja, yang menunggang motosikal diubah suai sehingga mengeluarkan bunyi bising di jalan raya.

OP Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal yang dijalankan di sekitar Bandar Saratok, Roban dan Kabong dari 2 Mac lalu hingga hari ini. Foto IPD Saratok

Katanya, kegiatan tersebut bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam malah boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sehubungan dengan itu, DSP Mathew menegaskan bahawa pihak polis akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi memastikan masyarakat mematuhi undang-undang serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan ketika berada di jalan raya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan bawa tiga PATI dalam Op Lejang/Pintas di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.