Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan bawa tiga PATI dalam Op Lejang/Pintas di Engkilili
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan bawa tiga PATI dalam Op Lejang/Pintas di Engkilili

Utusan Sarawak 3 hours ago
DITAHAN… Lelaki tempatan bersama tiga lelaki warga asing ditangkap dalam Op Lejang / Pintas IPD Lubok Antu di Jalan Pekan Engkilili semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai cuba melindungi serta membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) membawa padah apabila dia ditahan bersama tiga lelaki warga asing dalam satu operasi khas polis di Jalan Pekan Engkilili, semalam.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, kesemua suspek berusia antara 32 hingga 38 tahun ditangkap dalam Op Lejang/Pintas yang dijalankan oleh pihak polis di kawasan tersebut.

Polis memaklumkan bahawa sebelum tangkapan dibuat, pasukan operasi telah mengekori kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pekan Engkilili sebelum kenderaan tersebut ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki tempatan sedang membawa tiga lelaki warganegara asing menggunakan kenderaan berkenaan bagi tujuan bekerja di kawasan sekitar Engkilili.

DITAHAN… Lelaki tempatan bersama tiga lelaki warga asing ditangkap dalam Op Lejang / Pintas IPD Lubok Antu di Jalan Pekan Engkilili semalam. Foto IPD Lubok Antu

Siasatan lanjut turut mendapati ketiga-tiga lelaki warga asing tersebut telah tinggal lebih masa di Malaysia dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Berikutan itu, kesemua individu berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut peruntukan undang-undang imigresen negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55E dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Polis turut merampas kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipercayai digunakan suspek lelaki tempatan untuk membawa warga asing tersebut.

Dalam pada itu, IPD Lubok Antu menegaskan pihaknya akan terus komited menjalankan operasi secara berterusan termasuk sepanjang Ramadan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan serta ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Meradong tahan lelaki terlibat loteri haram
Next: Tujuh motosikal diubah suai disita dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.