Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PM Anwar lulus RM150 juta baiki Baraj Sungai Sarawak, RM2.69 juta untuk maahad tahfiz dan sekolah pondok
  • TEMPATAN

PM Anwar lulus RM150 juta baiki Baraj Sungai Sarawak, RM2.69 juta untuk maahad tahfiz dan sekolah pondok

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching hari ini. Foto Jabatan Penerangan

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM150 juta bagi kerja pembaikan Baraj Sungai Sarawak bagi memastikan infrastruktur penting itu terus berfungsi dengan baik.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas menerima cadangan daripada Kerajaan Sarawak berhubung keperluan segera untuk menaik taraf kemudahan berkenaan.

“Sebelum mesyuarat pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan ada cadangan daripada Sarawak yang perlu dipertimbangkan.

“Belum pun saya menaiki pesawat ke Sarawak, saya sudah meluluskan RM150 juta untuk segera membaiki baraj Sungai Sarawak itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.69 juta bagi menyokong pembangunan maahad tahfiz dan sekolah pondok di Sarawak.

Beliau berkata, institusi pendidikan agama seperti maahad tahfiz dan sekolah pondok perlu terus diperkasa agar tidak terpinggir daripada arus pendidikan perdana.

“Saya melihat institusi pondok ini memainkan peranan penting dalam membentuk tarbiah dan pendidikan agama, namun pada masa sama kita mahu mereka turut diberi pendedahan kepada ilmu lain termasuk bahasa Inggeris, sejarah serta teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI),” katanya.

SEKITAR Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching hari ini. Foto Jabatan Penerangan

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata kelulusan peruntukan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Kerajaan Sarawak berhubung keperluan memperkukuh integriti struktur Baraj Sungai Sarawak.

Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat yang turut menyentuh pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini termasuk projek bekalan air luar bandar serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bagi mempercepatkan pelaksanaannya.

“Dalam mesyuarat petang tadi, taklimat diberikan oleh kerajaan Sarawak berkaitan projek-projek di negeri ini khususnya yang melibatkan pelaksanaan projek air luar bandar.

“Kita juga membincangkan bagaimana kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan dapat dipertingkatkan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek terutama berkaitan bekalan air di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut turut menyentuh rancangan tebatan banjir serta isu integriti struktur Baraj Sungai Sarawak yang memerlukan perhatian segera.

“Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan integriti baraj berikutan berlakunya hakisan di bahagian hulu dan hiliran.

“Sebab itu Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan untuk kerja pembaikan baraj tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Menurut Fadillah, kerajaan Sarawak akan menyediakan kertas cadangan terperinci secepat mungkin sebelum dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dan Kabinet bagi tindakan lanjut.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Polis siasat kes kanak-kanak ditampar akibat dakwaan pancitkan tayar van di Kampung Asajaya Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.