Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mohamad Isma presiden baharu AZAM Jiwa Muda
  • TEMPATAN

Mohamad Isma presiden baharu AZAM Jiwa Muda

Utusan Sarawak 7 hours ago
JAWATAN Tertinggi Kelab Belia AZAM Bandar Kuching (AZAM Jiwa Muda) bagi sesi 2026–2028.

KUCHING: Mohamad Isma, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dipilih sebagai Presiden baharu Kelab Belia AZAM Bandar Kuching atau AZAM Jiwa Muda (AYS) bagi penggal 2026 hingga 2028 dalam Mesyuarat Agung Tahunan kelab tersebut yang diadakan di sini, semalam.

Beliau dipilih melalui sistem undian oleh ahli-ahli yang hadir sekali gus membentuk barisan Ahli Jawatankuasa baharu untuk menerajui kepimpinan AYS bagi tempoh dua tahun akan datang.

Mesyuarat tersebut turut disusuli dengan majlis sungkei bersama barisan pengurusan AZAM Sarawak serta ahli-ahli AYS dalam suasana penuh keakraban sempena bulan Ramadan.

Bagi penggal baharu ini, struktur organisasi AYS turut diperbaharui dengan komposisi enam jawatan dalam Jawatankuasa Tertinggi serta 23 ahli Exco bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti kelab.

Komposisi tersebut diperkenalkan sebagai pendekatan baharu berbanding struktur kepimpinan sebelum ini bagi memperkukuh pengurusan organisasi, memperluaskan penglibatan ahli serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan program belia di bawah platform AZAM Jiwa Muda.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili berkata platform seperti AYS memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda yang berdaya saing serta mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka dalam masyarakat.

“AZAM Jiwa Muda menyediakan ruang kepada golongan belia untuk mengembangkan potensi diri, memupuk kemahiran kepimpinan serta terlibat secara aktif dalam pelbagai inisiatif komuniti,” katanya.

Beliau turut berharap AYS bukan sahaja terus relevan di Kuching, malah berpotensi berkembang sebagai platform belia yang aktif di seluruh Sarawak.

Ali pada masa sama merakamkan penghargaan kepada presiden terdahulu, Theron Then, atas sumbangan dan komitmen beliau dalam menggerakkan pelbagai program pembangunan belia di bawah platform tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Isma berkata beliau menghargai kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli AYS dan beriltizam untuk meneruskan usaha memperkukuh peranan kelab tersebut sebagai platform pembangunan belia yang dinamik.

“Dengan sokongan barisan jawatankuasa baharu serta ahli-ahli AYS, kami komited untuk memperluaskan penglibatan belia dalam pelbagai program yang memberi manfaat kepada komuniti,” katanya.

Penubuhan barisan kepimpinan baharu ini diharap dapat meneruskan momentum pembangunan belia melalui pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat selaras dengan usaha AZAM Sarawak dalam memperkasa komuniti melalui penglibatan belia.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MPKS beri tempoh penjaja roboh struktur binaan kekal di laluan pejalan kaki Desa Ilmu
Next: Bintulu Port Holdings Berhad serah zakat perniagaan RM3.2 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.