Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki ditahan di Bau disyaki terlibat penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Empat lelaki ditahan di Bau disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
EMPAT ditahan kerana dadah.

BAU: Polis menahan empat lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam beberapa operasi serbuan di sekitar Bau awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau Mohd Haide A Rahman berkata operasi tersebut dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

“Operasi dijalankan antara kira-kira 5.30 pagi hingga 7.30 pagi di sekitar Kampung Apar, Kampung Segong, Kampung Barieng dan Kampung Melayu di Bau,” katanya hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek yang berumur antara 29 hingga 38 tahun ditahan selepas polis menjalankan pemeriksaan semasa operasi tersebut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek kemudian ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Beliau turut memaklumkan bahawa suspek mengaku kali terakhir menagih dadah jenis syabu sehari sebelum ditahan.

“Tiada dadah atau barang lain dirampas dalam operasi tersebut. Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan, syabu 1.09 gram dirampas di Igan
Next: Lapan warga tempatan ditahan positif dadah di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.