Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Evakuasi Asia Barat: 179 rakyat Malaysia di Qatar berjaya dibawa pulang
  • NASIONAL

Evakuasi Asia Barat: 179 rakyat Malaysia di Qatar berjaya dibawa pulang

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKUMPULAN rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa lokasi termasuk Arab Saudi, Syria, Jordan dan Qatar bersiap sedia untuk berlepas pulang ke tanah air dalam Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Son Konflik Asia Barat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz semalam. Mereka terdiri daripada pelajar, pengembara serta jemaah umrah yang dipindahkan ke Jeddah sebelum menaiki pesawat khas Malaysia Airlines untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 179 orang lagi rakyat Malaysia telah selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar pada tengah malam ini Khamis (12 Mac) di bawah Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat.

BERNAMA difahamkan rakyat Malaysia ini dibawa pulang menaiki  penerbangan Qatar Airways QR852, penerbangan pertama Doha-Kuala Lumpur, setelah ruang udara ditutup pada 28 Februari, 2026.

Jumlah itu merangkumi 59 rakyat Malaysia yang terkandas serta rakyat Malaysia yang menetap di Qatar yang telah membeli tiket penerbangan sendiri.

Terdapat juga rakyat Filipina, Australia dan lain-lain yang akan mengambil penerbangan sambungan ke negara masing-masing setelah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Semakan melalui sebuah portal penjejakan penerbangan menunjukkanpenerbangan itu selamat tiba di KLIA pada 12.46 tengah malam tadi.

Kerajaan Malaysia telah berjaya melaksanakan operasi evakuasi pertama bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara Asia Barat melalui penerbangan khas Malaysia Airlines.

Penerbangan khas itu telah berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada Selasa (10 Mac) dan selamat tiba di KLIA pada Rabu (11 Mac), 12.48 tengah hari.

Dalam satu kenyataan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan seramai 170 orang telah berjaya dibawa pulang melalui operasi pertama itu.

Mereka terdiri daripada rakyat Malaysia yang berada di Jeddah dan Madinah (133 orang), serta sebahagian yang dipindahkan dari beberapa negara di rantau tersebut termasuk Qatar (34 orang), Syria (dua orang) dan Jordan (seorang).

Penerbangan itu turut membawa lima orang warganegara Thailand, seorang warganegara Indonesia dan seorang warganegara Maghribi yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

Operasi evakuasi ini telah diselaraskan oleh MKN, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri serta Perwakilan-Perwakilan Malaysia di Jeddah, Doha dan Amman.

Perwakilan-Perwakilan Malaysia di lapangan telah membantu menyelaras pergerakan rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk pemindahan melalui laluan darat dari beberapa lokasi di rantau tersebut ke lapangan terbang bagi membolehkan mereka menyertai penerbangan pulang ke tanah air. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ibu pelakon Ida Nerina, Datuk Marina Md Yusoff meninggal dunia
Next: Konflik Asia Barat dorong KPDN perketat penguatkuasaan subsidi RON95

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.