Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 ketua komuniti sertai Bengkel Pemantapan Kemahiran IT di Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

25 ketua komuniti sertai Bengkel Pemantapan Kemahiran IT di Sri Aman

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie hadir menyempurnakan majlis penutupan Bengkel Pemantapan Kemahiran Teknologi Maklumat yang berlangsung di Pusat Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Sri Aman, semalam. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Seramai 25 peserta terdiri daripada ketua komuniti sekitar kawasan Parlimen Sri Aman menyertai Bengkel Pemantapan Kemahiran Teknologi Maklumat yang berlangsung di Pusat Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Sri Aman, semalam.

Bengkel tersebut dianjurkan bagi memperkasakan kemahiran digital dalam kalangan pemimpin akar umbi agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran pentadbiran dalam era digital masa kini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie hadir menyempurnakan majlis penutupan bengkel berkenaan yang berlangsung dengan penyertaan aktif para ketua komuniti dari pelbagai kawasan.

Dalam ucapannya, Doris menegaskan bahawa pemimpin masyarakat perlu celik teknologi serta memiliki kemahiran asas dalam bidang teknologi maklumat (IT) bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, penguasaan kemahiran seperti penggunaan Microsoft Word, Google Workspace, ChatGPT serta pengurusan dokumen rasmi amat penting bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran di peringkat komuniti.

Tambahnya, teknologi digital kini menjadi keperluan utama dalam urusan pentadbiran, komunikasi dan penyampaian maklumat kepada masyarakat setempat.

Sehubungan itu, beliau berharap para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang bengkel tersebut dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin komuniti.

Doris turut merakamkan penghargaan kepada tenaga pengajar serta pihak penganjur yang telah menjayakan bengkel berkenaan.

Bengkel Pemantapan Kemahiran Teknologi Maklumat untuk Ketua Komuniti ini merupakan siri pertama bagi tahun ini dan merupakan siri keempat sejak ia diperkenalkan pada awal 2025.

Program tersebut dianjurkan secara kolaborasi antara Pusat Khidmat Rakyat P.202 Sri Aman dan Pusat Sarawak Skills Sri Aman.

Turut hadir Pengurus Sarawak Skills Sri Aman, Dester Jagit, Pegawai Daerah Pantu, Raca Mulong serta beberapa pemimpin masyarakat termasuk Temenggong, Pemanca dan Penghulu dari kawasan sekitar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: IPD Lubok Antu santuni masyarakat, agih 300 bekas bubur lambuk semarakkan Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.