Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Lingga tinjau projek pembinaan jambatan bernilai RM200,000 di Maludam
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Lingga tinjau projek pembinaan jambatan bernilai RM200,000 di Maludam

Utusan Sarawak 10 hours ago
DAYANG Noorazah meninjau perkembangan projek pembinaan sebuah jambatan bernilai RM200,000 yang sedang dilaksanakan berhampiran masjid di Maludam. Foto: ADUN Lingga

MALUDAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor turun padang meninjau perkembangan projek pembinaan sebuah jambatan bernilai RM200,000 yang sedang dilaksanakan berhampiran masjid di sini.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Penghulu kawasan bagi melihat sendiri kemajuan kerja-kerja pembinaan serta memastikan projek berkenaan berjalan lancar mengikut perancangan.

Dayang Noorazah berkata projek pembinaan jambatan itu amat penting bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat yang menggunakan laluan tersebut untuk urusan harian.

Menurutnya, kemudahan berkenaan juga memberi manfaat kepada penduduk yang berulang-alik ke masjid serta kawasan sekitar kampung.

“Projek ini diharap dapat meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat selain memudahkan akses perhubungan di kawasan ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa lagi projek pembangunan sedang dirancang dan diusahakan di kawasan Maludam bagi mempertingkat kemudahan asas serta kesejahteraan masyarakat setempat.

Tambahnya, usaha berterusan akan dilakukan bagi memastikan setiap keperluan rakyat terus diberi perhatian dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Dayang Noorazah berharap segala inisiatif pembangunan yang dirancang dapat memberi manfaat kepada seluruh warga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, khususnya penduduk Maludam.

Katanya, komitmen untuk mendengar suara rakyat dan melaksanakan tindakan akan terus menjadi keutamaan dalam usaha memajukan kawasan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ramadan ‘Madrasah’ bentuk jiwa Muslim lebih prihatin
Next: IPD Lubok Antu santuni masyarakat, agih 300 bekas bubur lambuk semarakkan Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.