Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 140 pek juadah daging kari diagihkan kepada pengguna jalan raya di Daro
  • Tengah
  • WILAYAH

140 pek juadah daging kari diagihkan kepada pengguna jalan raya di Daro

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHMAD JOHNIE….Mengagihkan pek juadah daging kari kepada pengguna jalan raya pada Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa, di Daro hari ini.

DARO: Sebanyak 140 pek juadah daging kari diagihkan kepada pengguna jalan raya pada Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa, di sini hari ini.

Majlis anjuran Jawatankuasa Masjid Al-Muhsiniin Daro itu, diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Juadah yang telah dimasak itu diagihkan kepada para pengguna jalan raya sebagai tanda berkongsi rezeki serta memeriahkan suasana Ramadan.

Program berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat di samping menyemarakkan amalan bersedekah sepanjang bulan Ramadan.

AHMAD JOHNIE….Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah melalui amil Masjid Al-Muhsiniin Daro.

Dalam kesempatan yang sama, Ahmad Johnie turut menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah melalui amil Masjid Al-Muhsiniin Daro.

Program tersebut mencerminkan semangat kebersamaan masyarakat setempat dalam menyantuni orang ramai, khususnya mereka yang masih dalam perjalanan menjelang waktu berbuka puasa.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Warga emas terkunci dalam bilik, mohon bantuan PKOD Marudi
Next: Tiada laporan kerosakan infrastruktur susulan banjir kilat di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.