Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Vesel tangki bawa minyak tanpa lesen ditahan Maritim Malaysia
  • JENAYAH
  • SEMASA

Vesel tangki bawa minyak tanpa lesen ditahan Maritim Malaysia

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITAHAN…Sebuah vesel tangki yang dipercayai membawa minyak diesel tanpa lesen sah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri dalam pemeriksaan rutin di perairan Kuala Baram, semalam. 

MIRI:  Sebuah vesel tangki yang dipercayai membawa minyak diesel tanpa lesen sah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Miri dalam pemeriksaan rutin di perairan Kuala Baram, semalam.

Pengarah Zon Maritim, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, vesel tersebut ditahan sekitar 1.35 tengah hari oleh sebuah Kapal Maritim yang sedang melaksanakan rondaan Op Permai 01/19, Op Naga,  Op Tiris 3.0, Op Pelantar Merah 3/2023 serta Op Khas Pagar Laut 1/2026.

Menurutnya, vesel itu dikesan pada kedudukan sekitar 4.7 batu nautika barat daya Kuala Baram sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pasukan penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tangki minyak berkenaan gagal mengemukakan Lesen Barang-Barang Kawalan Berjadual (CSA) bagi penyimpanan dan pemindahan minyak diesel seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Selain itu, vesel terbabit juga didapati tidak layak berlayar kerana tidak mempunyai sauh, yang merupakan satu kesalahan di bawah Merchant Shipping Ordinance (MSO) 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Khairol, vesel berkenaan dikendalikan oleh seorang nakhoda warga tempatan bersama dua kru tempatan dan seorang kru warga Indonesia yang berumur antara 34 hingga 65 tahun.

“Kesemua mereka ditahan dan vesel tersebut diiring ke Pusat Tahan Vesel (PTV) Miri bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 22(1) akta sama, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua atau kesalahan berulang, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Mohd Khairol berkata, Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan khususnya menjelang sambutan Aidilfitri bagi memastikan semua vesel mematuhi undang-undang perkapalan serta menjamin keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Cadangan tambah kerusi DUN Sarawak wajar dipertimbangkan
Next: Jumlah mangsa banjir dipindahkan terus meningkat setakat 8.00 malam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.