Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 560 bungkus bubur lambuk diagih kepada penduduk di Tebingan Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

560 bungkus bubur lambuk diagih kepada penduduk di Tebingan Sri Aman

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Tebingan Sri Aman, petang semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Sebanyak 560 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di Tebingan Sri Aman dalam satu program pengagihan sempena Ramadan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Simanggang, semalam.

Program tersebut diketuai oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Simanggang.

DATUK Francis Harden Hollis mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Tebingan Sri Aman, petang semalam. Foto: ADUN Simanggang

Aktiviti tahunan itu diadakan bagi menghidupkan suasana Ramadan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli SABERKAS dengan masyarakat setempat serta pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Sebanyak 560 bungkus bubur lambuk telah disediakan oleh ahli SABERKAS Cawangan Simanggang dengan kerjasama staf sokongan Sekolah Kebangsaan (SK) St Lawrence, Sabu.

Kerja-kerja memasak bubur lambuk tersebut dijalankan lebih awal di perkarangan SK St Lawrence, Sabu sebelum diagihkan kepada orang ramai pada sebelah petang.

DATUK Francis Harden Hollis mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Tebingan Sri Aman, petang semalam. Foto: ADUN Simanggang

Terdahulu pada sebelah pagi, Datuk Francis Harden Hollis bersama isterinya, Datin Simba Nalang turut mengadakan lawatan tinjauan ke lokasi penyediaan bubur lambuk di sekolah berkenaan.

Dalam lawatan itu, beliau turut melakukan simbolik mengacau bubur lambuk sebagai tanda sokongan terhadap usaha sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Ketibaan beliau dan Datin Simba Nalang disambut oleh Setiausaha SABERKAS Cawangan Simanggang merangkap Pengerusi Pengelola program, Alfred Kendim bersama ahli SABERKAS serta staf SK St Lawrence, Sabu yang terlibat menyediakan bubur lambuk tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong ziarah warga emas di Hospital Sarikei, hulur sokongan moral
Next: Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching, naik taraf saliran perlu dipercepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.