Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba bantu pindahkan 120 pelajar SK Segong susulan banjir
  • Selatan
  • WILAYAH

Bomba bantu pindahkan 120 pelajar SK Segong susulan banjir

Utusan Sarawak 8 hours ago
PASUKAN keselamatan terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Segong yang terjejas akibat banjir di Kampung Segong, hari ini. Foto JBPM Sarawak

BAU: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau membantu memindahkan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Segong yang terjejas akibat banjir untuk pulang dari sekolah dengan selamat semasa rondaan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Kampung Segong, hari ini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, rondaan tersebut dijalankan pada 11.20 pagi bagi memantau keadaan semasa susulan hujan yang berpotensi menyebabkan kenaikan paras air di kawasan berkenaan.

Seramai 120 pelajar dan 14 guru terlibat dalam pemindahan tersebut.

Operasi itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 15 anggota serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai lapan anggota, manakala pihak bomba menugaskan lima anggota.

Keadaan di kawasan berkenaan dilaporkan terkawal dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Wanita Sedunia, peranan wanita terus diiktiraf
Next: Majlis berbuka puasa di Masjid Jihadullah perkukuh perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.