Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Wanita Sedunia, peranan wanita terus diiktiraf
  • Tengah
  • WILAYAH

Hari Wanita Sedunia, peranan wanita terus diiktiraf

Utusan Sarawak 14 hours ago
PENGHULU Huang Tiong Kang dan Pengerusi PPWS Daerah Sarikei, Lau Siew Ming (lima kiri) bersama ahli-ahli PPWS Sarikei memotong kek sebagai simbolik meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Wanita memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan masyarakat dan pembangunan negara, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, sambutan Hari Wanita Sedunia bukan sahaja meraikan pencapaian wanita, malah menjadi simbol penghargaan terhadap sumbangan besar wanita dalam keluarga, masyarakat dan pembangunan negara.

“Usaha memperjuangkan kesaksamaan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum amat penting agar kita dapat bersama-sama membina Sarawak yang lebih maju dan makmur.

“Sejak sekian lama wanita telah menunjukkan keazaman, kebijaksanaan dan semangat pengorbanan yang tinggi dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perniagaan, khidmat masyarakat serta dalam institusi keluarga,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakilnya pada majlis sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Sarikei, baru-baru ini.

Katanya, sumbangan wanita dalam pelbagai bidang tersebut telah memberi impak besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.

Beliau turut memuji usaha PPWS Sarikei yang aktif menganjurkan pelbagai program bermanfaat kepada masyarakat.

Katanya, usaha tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan serta perpaduan dalam kalangan wanita, malah turut menggalakkan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan serta meningkatkan keupayaan diri.

Tiong Sii turut menyumbangkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada PPWS Sarikei bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan persatuan tersebut. Turut hadir Pengerusi PPWS Daerah Sarikei, Lau Siew Ming.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba jalankan pemeriksaan MBK pastikan keselamatan kebakaran menjelang perayaan
Next: Bomba bantu pindahkan 120 pelajar SK Segong susulan banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.