Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba jalankan pemeriksaan MBK pastikan keselamatan kebakaran menjelang perayaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba jalankan pemeriksaan MBK pastikan keselamatan kebakaran menjelang perayaan

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan MBK di beberapa premis pada semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pihak bomba telah menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) bagi memastikan tahap keselamatan kebakaran sentiasa berada pada tahap baik khususnya menjelang musim perayaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pemeriksaan tersebut dijalankan bermula sekitar 3.20 petang hingga 4.20 petang semalam melibatkan empat premis.

“Pemeriksaan dijalankan oleh dua anggota bomba yang bertugas bagi menilai tahap pematuhan premis terhadap aspek keselamatan kebakaran.

“Ia turut melibatkan sesi ceramah ringkas berkaitan tatacara penggunaan alat pemadam api dan khidmat nasihat kepada pengurus atau wakil pengurusan premis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihak bomba turut menekankan kepentingan memastikan semua kelengkapan pencegahan kebakaran sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua premis yang diperiksa mematuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Tiada sebarang cadangan notis dikeluarkan dan tiada kesalahan dikesan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341),” katanya.

Mahmudin turut berharap kerjasama yang baik antara pihak bomba dan pengurusan premis dapat terus diperkukuh bagi memastikan langkah pencegahan kebakaran sentiasa diberi keutamaan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemuda PBB Bukit Sari anjur Program Berbuka Puasa, Tarawih di Kampung Gelapas
Next: Hari Wanita Sedunia, peranan wanita terus diiktiraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.