LAGOS: Empat terbunuh manakala lapan lagi cedera selepas bangunan empat tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh.
Agensi Pengurusan Kecemasan Lagos (Lasema) berkata, punca insiden di kejiranan Obalende itu masih belum diketahui.
Mayat empat mangsa termasuk seorang wanita telah dikesan, kata agensi tersebut.
Manakala lapan yang cedera telah dikejarkan ke hospital.
Saksi memberitahu, walaupun bangunan itu belum siap tetapi beberapa orang telah menjadikan ia sebagai kawasan perlindungan.
Dipercayai ramai lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tersebut.
”Beberapa orang yang turut menjadi mangsa adalah mereka yang tinggal di sekitar bangunan berkenaan,” menurut saksi. – AFP