Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac di UAE — SAASST
  • GLOBAL

Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac di UAE — SAASST

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

SHARJAH: Sharjah Academy for Astronomy, Space Sciences and Technology (SAASST), melalui balai cerap astronominya, telah mengeluarkan keputusan astronomi yang tepat mengenai kenampakan anak bulan Syawal bagi tahun 1447 Hijrah pada Jumaat, 20 Mac, lapor Emirates News Agency (WAM).

Menurut SAASST, 20 Mac akan menjadi hari pertama Aidilfitri di seluruh United Arab Emirates, sekali gus mengesahkan bahawa Ramadan genap 30 hari.

Ia memaklumkan bahawa pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan baharu yang dapat dilihat pada Rabu, 18 Mac, bersamaan 29 Ramadan, iaitu malam cerapan anak bulan.

Bulan akan terbenam sebelum matahari di langit barat pada malam tersebut.

Oleh itu, Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan suci Ramadan.

Balai cerap itu turut menjelaskan bahawa fenomena ijtimak (konjungsi) bulan berlaku di Sharjah pada jam 4.24 pagi waktu UAE pada Khamis.

Ketika matahari terbenam pada petang hari yang sama, usia anak bulan hanya sekitar 14 jam enam minit, dengan jarak sudut daripada matahari sekitar 6.5 darjah dan berada enam darjah di atas ufuk barat, serta hanya kekal selama 29 minit selepas matahari terbenam.

Keadaan kritikal ini menjadikan kenampakan anak bulan sangat sukar, walaupun menggunakan teleskop, dan mustahil dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.

Teknologi pengimejan bertindih yang canggih mungkin dapat merakam imejnya secara samar, namun kebarangkalian masih tipis.

Namun begitu, beberapa negara Arab dan Islam mungkin dapat melihat anak bulan tersebut sama ada dengan mata kasar atau menggunakan teleskop kerana kedudukan geografi yang lebih sesuai, menurut laporan itu.

SAASST merumuskan dalam ramalannya bahawa dengan izin Allah, Jumaat, 20 Mac akan menandakan hari pertama Syawal dan sambutan Aidilfitri bagi UAE serta kebanyakan negara Islam.

Negara yang bergantung kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukan Rabu seperti di UAE mungkin menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

– BERNAMA-WAM

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pesawat sewa bawa pulang warga Korea Selatan dari UAE pada Ahad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.