Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Iftar PUSAKA 2026 santuni 100 pelajar asnaf
  • TEMPATAN

Majlis Iftar PUSAKA 2026 santuni 100 pelajar asnaf

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyempurnakan simbolik penyampaian sumbangan kepada 100 pelajar asnaf daripada 10 sekolah sekitar Kuching, hari ini.

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) terus menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat apabila menyantuni pelajar kurang berkemampuan dalam Majlis Iftar PUSAKA 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Menurut kenyataan PUSAKA, majlis berbuka puasa tahunan itu bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga organisasi, malah menjadi platform untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan sempena Ramadan.

TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyempurnakan simbolik penyampaian sumbangan kepada 100 pelajar asnaf daripada 10 sekolah sekitar Kuching, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, seramai 100 pelajar asnaf daripada 10 sekolah sekitar Kuching menerima sumbangan sebagai persediaan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rakyat Jalan Haji Bolhassan, Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, SK Pajar Sejingkat, SK Kampung Senari, SK Matu Baru, SK Rakyat Tupong, SK Rakyat Astana, SK Goebilt, SK Pulo dan SK Gersik.

Inisiatif tahunan itu merupakan manifestasi usaha PUSAKA untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan di samping berkongsi keberkatan bulan Ramadan bersama masyarakat setempat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Meriam buluh jadi tumpuan Program Lan Berambeh Sungkei 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang
Next: 25,000 pengunjung meriahkan Lan Berambeh Sungkei di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.