Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir di Kampung Siol Kandis surut sepenuhnya
  • TEMPATAN

Banjir di Kampung Siol Kandis surut sepenuhnya

Utusan Sarawak 9 hours ago
BANJIR… Paras air di Kampung Siol Kandis dilaporkan telah surut sepenuhnya selepas pemantauan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching pagi tadi. Foto APM Sarawak

PETRA JAYA: Paras air di Kampung Siol Kandis dilaporkan telah surut sepenuhnya selepas pemantauan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching pagi tadi.

Pemantauan tersebut dijalankan bagi menilai keadaan semasa di kawasan berkenaan susulan cuaca renyai yang berlaku sejak awal pagi.

Hasil pemantauan mendapati keadaan di kampung tersebut kini kembali pulih apabila paras air telah surut sepenuhnya dan jalan raya di kawasan berkenaan boleh dilalui seperti biasa oleh penduduk setempat.

BANJIR… Paras air di Kampung Siol Kandis dilaporkan telah surut sepenuhnya selepas pemantauan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching pagi tadi. Foto APM Sarawak

Menurut APM, punca kenaikan air sebelum ini dipercayai berpunca daripada masalah sistem perparitan di kawasan berkenaan.

Setakat ini, tiada sebarang pemindahan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilaksanakan.

APM Kuching akan terus melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan kekal terkawal, selain menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Trend campur garam dan Celtic ketika sahur: Fakta atau mitos?
Next: Agensi persekutuan perlu tingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.