Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gotong-royong nelayan naik taraf pondok perahu tambang Kampung Perpat
  • WILAYAH

Gotong-royong nelayan naik taraf pondok perahu tambang Kampung Perpat

Utusan Sarawak 16 hours ago
BERGANDING BAHU… 16 ahli Persatuan Nelayan Kampung Perpat berganding bahu bergotong-royong menaik taraf pondok tempat menunggu perahu tambang di pengkalan seberang kampung tersebut. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan komuniti nelayan terserlah apabila seramai 16 ahli Persatuan Nelayan Kampung Perpat berganding bahu bergotong-royong menaik taraf pondok tempat menunggu perahu tambang di pengkalan seberang kampung tersebut, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, usaha murni yang digerakkan oleh komuniti setempat itu menunjukkan komitmen tinggi masyarakat dalam memastikan kemudahan awam di kawasan mereka berada dalam keadaan selesa dan selamat digunakan.

Menurut beliau, pondok menunggu perahu tambang yang sebelum ini sudah uzur telah dirobohkan sebelum sebuah pondok baharu dibina hasil kerjasama ahli-ahli Persatuan Nelayan Kampung Perpat.

“Syukur Alhamdulillah, pondok tempat menunggu perahu tambang di pengkalan seberang Kampung Perpat kini berwajah baharu hasil usaha gotong-royong seramai 16 ahli Persatuan Nelayan Kampung Perpat,” katanya.

BERGANDING BAHU… 16 ahli Persatuan Nelayan Kampung Perpat berganding bahu bergotong-royong menaik taraf pondok tempat menunggu perahu tambang di pengkalan seberang kampung tersebut. Foto ADUN Kalaka

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif komuniti nelayan yang mengambil langkah proaktif menaik taraf kemudahan tersebut demi keselesaan penduduk yang menggunakan perkhidmatan perahu tambang setiap hari.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan bahawa Pusat Khidmat ADUN Kalaka turut menyalurkan bantuan bahan binaan bagi menyokong kerja-kerja naik taraf pondok pengkalan tersebut.

Tambahnya, sokongan itu diharap dapat meringankan beban komuniti setempat selain menggalakkan lebih banyak aktiviti gotong-royong dilaksanakan pada masa hadapan.

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha berkenaan, khususnya mereka yang meluangkan masa dan tenaga bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan dengan baik.

“Tahniah dan syabas kepada Kaunselor Saee Ason, Ketua Kaum Azman Nawi serta semua ahli Persatuan Nelayan Kampung Perpat yang bersama-sama menjayakan kerja gotong-royong ini,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 120 asnaf Kampung Baru disantuni menerusi Program Ziarah Ramadan
Next: RM71,000 disalur kepada masjid, surau di DUN Kabong sempena Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.