Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Enam maut, kediaman perawatan runtuh di Brazil
  • GLOBAL

Enam maut, kediaman perawatan runtuh di Brazil

Utusan Sarawak 14 hours ago
RUNTUHAN rumah jagaan di bandar Belo Horizonte, di Brazil tenggara, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut, sementara anggota bomba meneruskan usaha mencari antara runtuhan untuk lapan orang yang hilang, menurut laporan terkini. Foto AFP

PANDANGAN udara ini menunjukkan Rocinha favela di Rio de Janeiro, Brazil, pada 5 Mac 2026. Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala enam lagi masih terperangkap susulan sebuah kediaman perawatan runtuh di Belo Horizonte, ibu negeri Minas Gerais di tenggara Brazil pada Khamis, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Bangunan empat tingkat yang terletak di timur laut bandar itu runtuh kira-kira pukul 1.30 pagi waktu tempatan (0430 GMT).

Menurut penduduk, mereka bergegas untuk memberikan bantuan selepas mendengar bunyi dentuman kuat akibat runtuhan bangunan berkenaan.

Pasukan bomba dan pertahanan awam tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam selepas insiden berlaku.

Setakat ini, lapan orang telah berjaya diselamatkan daripada runtuhan, kata pihak berkuasa.

“Kami berjaya mewujudkan hubungan dengan beberapa mangsa, jadi kami sedang bekerja keras untuk menjalankan operasi menyelamat secepat mungkin dengan tahap keselamatan yang paling tinggi,” menurut kenyataan pihak berkuasa.

Pihak pertahanan awam tempatan menyatakan bahawa kemungkinan punca tragedi adalah disebabkan masalah struktur bangunan, dan mengesahkan bahawa rumah-rumah berhampiran tidak mengalami risiko struktur.

Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut selepas kerja-kerja menyelamat selesai sepenuhnya. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Penerbangan bawa pulang rakyat Perancis berpatah balik akibat tembakan roket
Next: WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.