Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Tarikan unik martabak pocong
  • INSPIRASI

Tarikan unik martabak pocong

Utusan Sarawak 7 hours ago
KREATIVITI seorang peniaga di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi mencuri perhatian apabila roti pocong dan martabak jualannya kembali menjadi tarikan pengunjung tahun ini. Foto BERNAMA

SEREMBAN: Kreativiti seorang peniaga bazar Ramadan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini mencetus fenomena tersendiri apabila roti pocong dan martabak jualannya kembali menjadi tarikan pengunjung tahun ini.

Memasuki tahun keempat berniaga di bazar itu, Mohamad Firdaus Kamaruddin, 40, membuktikan menu signature roti pocong diperkenalkannya bukan sekadar gimik, sebaliknya menawarkan keunikan rasa yang sesuai dinikmati semua peringkat usia.

ROTI yang dibalut kemas menyerupai ‘pocong’ itu bukan sekadar unik pada rupa, malah mengundang selera dengan aroma mentega dan inti yang melimpah. Foto BERNAMA

Pengunjung yang pertama kali ke bazar itu juga pasti teruja melihat replika pocong berkain putih di hadapan gerai yang menjadi tarikan di situ.

“Saya pernah berniaga di Ampang, Kuala Lumpur menggunakan nama Raja Martabak. Saya percaya kualiti makanan dan gimik kreatif mampu memastikan perniagaan bertahan.

“Roti pocong menggunakan daging atau ayam diperap dan dimasak dengan sos barbeku sebelum dibalut telur dadar serta kulit roti canai selain ditambah keju pada bahagian atas. Tidak jauh beza daripada martabak lain cuma bentuk dibuat seakan-akan pocong,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

MENU signature roti ‘pocong’ mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan pelbagai peringkat usia. Foto BERNAMA

Mohamad Firdaus berkata harga jualan daripada RM10 hingga RM18 dan turut menyediakan pelbagai variasi seperti martabak dendeng daging, mac ‘n’ cheese, spicy crispy chicken, kambing bakar cheese serta martabak daging salai mozarela bakar.

“Roti pocong memang menjadi pilihan dan semalam ramai pelanggan bertanya,” katanya yang mempunyai kerja tetap dan hanya berniaga semasa Ramadan. 

MARTABAK yang dijual pada harga antara RM10 hingga RM18 itu turut hadir dengan pelbagai variasi seperti martabak dendeng daging, mac and cheese, spicy crispy chicken, kambing bakar keju serta martabak daging salai mozzarella bakar, sekali gus membangkitkan keinginan pengunjung untuk mencuba sendiri keenakan juadah berkenaan. Foto BERNAMA

Bapa kepada lima anak itu berkata sebagai persediaan, 800 roti disiapkan sebelum proses menebar bermula seawal 12 tengah hari, dengan perniagaan tersebut dibantu empat pekerja.

Pengunjung yang ingin dikenali sebagai Zaleha berkata mahu mencuba martabak dan roti pocong itu kerana tertarik dengan keunikan konsep tersebut selain harganya yang berpatutan dengan saiz juadah.

– Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Bubur biskut kapal gamit nostalgia era 70-an

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.