Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Konvensyen Inovasi Pendidikan Sri Aman dibincang, perkukuh pembangunan pendidikan
  • PENDIDIKAN

Konvensyen Inovasi Pendidikan Sri Aman dibincang, perkukuh pembangunan pendidikan

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menerima kunjungan hormat Timbalan Pengarah JPNS, Dr. Les Met bersama beberapa pegawai JPNS serta wakil dari PPD Sri Aman dan PPD Lubok Antu dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung di pejabatnya di Kuching. Foto Pejabat Ahli Parlimen Sri Aman

KUCHING: Persiapan penganjuran Konvensyen Inovasi Pendidikan yang bakal diadakan di Sri Aman menjadi antara fokus utama pertemuan Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie bersama pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), hari ini.

Doris berkata, beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Pengarah JPNS, Dr. Les Met bersama beberapa pegawai JPNS serta wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman dan PPD Lubok Antu dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung di pejabatnya di sini.

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menerima kunjungan hormat Timbalan Pengarah JPNS, Dr. Les Met bersama beberapa pegawai JPNS serta wakil dari PPD Sri Aman dan PPD Lubok Antu dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung di pejabatnya di Kuching. Foto Pejabat Ahli Parlimen Sri Aman

Menurutnya, pertemuan tersebut bertujuan membincangkan persiapan awal bagi memastikan Konvensyen Inovasi Pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada warga pendidik di kawasan Sri Aman.

Beliau berkata, konvensyen itu dijangka menjadi platform penting dalam mengetengahkan idea, pendekatan baharu serta inovasi dalam bidang pendidikan khususnya melibatkan guru dan pelajar di kawasan luar bandar.

“Selain membincangkan penganjuran konvensyen, kami turut menyentuh beberapa isu berkaitan pendidikan termasuk keperluan penambahbaikan kemudahan serta infrastruktur sekolah di kawasan Sri Aman,” katanya.

Tambah beliau, usaha memperkukuh pembangunan pendidikan memerlukan kerjasama erat antara pihak kerajaan, jabatan pendidikan serta pemimpin setempat bagi memastikan setiap keperluan dapat ditangani dengan berkesan.

Doris berharap dengan keazaman, komitmen dan kerjasama semua pihak, usaha berterusan ini akan mampu memperkukuh pembangunan pendidikan demi masa depan generasi muda, khususnya anak-anak di kawasan Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UTS universiti pertama guna teknologi baharu penjimatan tenaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.