Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan ke tokong di Batu 10 akan dinilai untuk kerja baik pulih
  • Selatan
  • WILAYAH

Laluan ke tokong di Batu 10 akan dinilai untuk kerja baik pulih

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEADAAN laluan kecil menuju ke tokong di Batu 10 yang dipenuhi batu kerikil longgar dan memerlukan penilaian pihak MPP.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menilai keadaan satu laluan kecil menuju ke sebuah tokong di Batu 10 selepas menerima aduan bahawa laluan tersebut rosak dan tidak selamat digunakan.

Ahli Majlis MPP, Gerald Goh berkata, aduan itu disampaikan oleh Kapitan Lim En Kok yang menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan laluan berkenaan yang semakin usang serta dipenuhi batu kerikil longgar.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyukarkan penduduk dan pengunjung yang menggunakan laluan tersebut, malah turut menimbulkan risiko keselamatan.

“Awal minggu lalu saya menerima maklum balas daripada Kapitan Lim En Kok berhubung keadaan laluan kecil yang menuju ke sebuah tokong di Batu 10. Laluan itu kini rosak dengan batu kerikil yang longgar, sekali gus menimbulkan kesulitan dan kebimbangan dari segi keselamatan kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

CR Gerald Goh bersama kakitangan Jabatan Kejuruteraan MPP menilai jalan raya

Goh berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak MPP dan jabatan berkaitan telah mengatur kerja pengukuran serta penilaian di lokasi tersebut.

“Penilaian ini akan menentukan kerja yang perlu dilakukan termasuk kemungkinan menurap semula laluan berkenaan menggunakan premix,” katanya.

Beliau menegaskan maklum balas daripada komuniti amat penting bagi memastikan isu di peringkat akar umbi dapat ditangani dengan segera.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pemimpin masyarakat seperti Kapitan Lim serta penduduk bagi memastikan isu di lapangan diberi perhatian sewajarnya, memandangkan penambahbaikan infrastruktur tempatan dan keperluan penduduk merupakan antara petunjuk prestasi utama (KPI) majlis,” katanya.

Pada masa sama, Goh turut merakamkan penghargaan kepada Kapitan Lim kerana membawa perkara tersebut kepada perhatian pihak majlis.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Buaya 3.12 meter, 3.96 meter ditangkap dalam operasi Batang Sadong
Next: Transformasi infrastruktur Betong diperkasa, beberapa projek jalan raya utama dibincang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.