Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura rancang penerbangan bawa pulang rakyat dari Oman pada 7 Mac
  • GLOBAL

Singapura rancang penerbangan bawa pulang rakyat dari Oman pada 7 Mac

Utusan Sarawak 8 hours ago

SINGAPURA: Singapura sedang mengatur penerbangan repatriasi bagi membawa pulang rakyatnya dari Muscat, Oman, pada Sabtu, kata Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan) Gan Siow Huang.

Beliau berkata penerbangan repatriasi itu akan menampung rakyat Singapura di Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang kira-kira 60 peratus rakyat Singapura yang telah mendaftar secara elektronik dengan Kementerian Luar (MFA) berada.

Gan berkata dalam beberapa hari akan datang, MFA juga akan mengatur perjalanan darat bagi membantu rakyat Singapura di Bahrain dan Qatar menuju ke Riyadh, Arab Saudi, iaitu penerbangan komersial masih tersedia.

“Kami akan menghubungi rakyat Singapura yang baru-baru ini menyatakan bahawa mereka memerlukan bantuan untuk kembali ke Singapura,” katanya kepada pemberita pada Rabu, lapor The Straits Times (ST).

MFA juga akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa tempatan di Asia Barat bagi menilai kemungkinan mengatur penerbangan repatriasi tambahan, tertakluk kepada laluan penerbangan serta jadual pembukaan semula lapangan terbang.

Sementara itu, Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan menyatakan penghargaan mendalam kepada negara Teluk atas usaha mereka memastikan keselamatan rakyat Singapura susulan konflik yang sedang berlangsung.

Beliau menegaskan bahawa kebajikan rakyat Singapura kekal menjadi keutamaan dan perwakilan Singapura di luar negara memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan konsular kepada rakyat Singapura di rantau berkenaan.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan rakyat Singapura berada dalam keadaan selamat dalam situasi yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau menambah bahawa republik itu menyokong kenyataan Menteri-Menteri Luar ASEAN mengenai situasi di Asia Barat yang menyifatkan tercetusnya konflik itu sebagai amat membimbangkan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Indonesia runding mengenai dua kapal tangki Pertamina di Selat Hormuz

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.