Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Demak, Lundu
  • JENAYAH

37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Demak, Lundu

Utusan Sarawak 10 hours ago
DITAHAN… Seramai 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuching yang dijalankan di sekitar Demak dan Lundu, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

PETRA JAYA: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuching menahan seramai 37 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Demak dan Lundu, baru-baru ini.

Operasi yang melibatkan 33 pegawai imigresen itu dijalankan di beberapa lokasi tumpuan termasuk kilang yang disyaki menggaji pekerja asing tanpa pas atau permit kerja sah, selain premis makanan dan minuman di kawasan Demak yang dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Pada sebelah malam, operasi diteruskan dengan serbuan ke atas rumah penempatan pekerja di kawasan kebun durian dan kebun kelapa sawit di Rambungan, Lundu.

DITAHAN… Seramai 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuching yang dijalankan di sekitar Demak dan Lundu, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Kedudukan penempatan pekerja di kawasan pedalaman serta laluan masuk yang berbukit dan berbatu menjadikan operasi tersebut lebih mencabar.

Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

Pihak JIM akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras penyalahgunaan pas serta penggajian warga asing tanpa kebenaran sah.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes dadah di Selangau: Seorang didakwa, seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis
Next: Polis Miri tahan suspek curi tabung derma pusat ibadat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.