Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut kenderaan terbabas, langgar tiang lampu di Miri
  • KEMALANGAN

Lelaki maut kenderaan terbabas, langgar tiang lampu di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAUT… Keadaan kereta yang terbabas dan melanggar tiang lampu jalan dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Baram Bypass, berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, petang semalam.

MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu jalan dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Baram Bypass, berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira 5.50 petang itu melibatkan sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Senadin menuju ke Permyjaya.

Difahamkan, kereta tersebut hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan dan merempuh tiang lampu.

Akibat pelanggaran itu, pemandu berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Faizul Abdul Rahim di talian 014-8582582 atau 085-430479, atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini serta menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Motosikal terbabas masuk longkang, lelaki dikejarkan ke hospital
Next: Wanita diselamatkan polis selepas kenderaan terbakar di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.