Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Wanita: Tiang agihkan 1,500 ekor ayam Ahad ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Hari Wanita: Tiang agihkan 1,500 ekor ayam Ahad ini

Utusan Sarawak 21 hours ago
BAUCAR…..Pengagihan sebanyak 1,500 ekor ayam kepada pengundi wanita di kawasan Pelawan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada Ahad ini (8 Mac).

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee akan mengagihkan sebanyak 1,500 ekor ayam kepada pengundi wanita di kawasan Pelawan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada Ahad ini (8 Mac).

Menurutnya, inisiatif komuniti tersebut dianjurkan dengan kerjasama CCK Local, dengan kedua-dua pihak masing-masing menaja 750 ekor ayam.

“Program ini bertujuan meraikan Hari Wanita Antarabangsa di samping menzahirkan penghargaan serta keprihatinan terhadap golongan wanita dalam komuniti setempat,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pengambilan baucar akan bermula pada esok di Pusat Khidmat Pelawan, No.20, Lorong 2F, Sungai Merah, dari 9.30 pagi hingga 3.30 petang, berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat selagi stok masih ada.

“Penerima yang layak perlu membawa kad pengenalan semasa mengambil baucar. Bagi pengundi wanita berumur 60 tahun ke atas, pengambilan baucar boleh dibuat oleh wakil dengan hanya satu baucar dibenarkan bagi setiap wakil.

“Pengagihan ayam pula akan diadakan pada 8 Mac (Ahad) dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi di CCK Local Sibu (Ulu Sungai Merah), dan penerima dikehendaki membawa baucar untuk menebus ayam tersebut,” ujarnya lagi.

Tiang turut merakamkan penghargaan kepada pihak CCK Local atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Anak ular sawa ‘kenyang’ sembunyi dalam dinding rumah penduduk
Next: Tindakan pantas APM Spaoh berjaya tangkap tedung selar sepanjang tujuh kaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.