Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ZTE, SACOFA meterai MoU bagi pacu infrastruktur digital Sarawak
  • TEMPATAN

ZTE, SACOFA meterai MoU bagi pacu infrastruktur digital Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUCHING: ZTE Corporation (ZTE) memeterai memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan SACOFA Sdn Bhd untuk meningkatkan infrastruktur digital Sarawak dan menyokong objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta Ekonomi Digital kerajaan negeri. 

ZTE ialah penyedia penyelesaian teknologi makumat dan komunikasi bersepadu yang terkemuka di dunia.

MoU itu ditandatangani semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2026 yang diadakan di Barcelona, Sepanyol. 

Menurut kedua-dua pihak, kerjasama strategik itu menunjukkan komitmen jangka panjang bagi menyediakan penyelesaian telekomunikasi yang inovatif dan mampan untuk negeri Sarawak, dengan tumpuan untuk mengembangkan kesalinghubungan ke kawasan luar bandar serta terpencil. 

“Pendekatan bersepadu memastikan kesalinghubungan yang boleh dipercayai, mampan dan sedia untuk masa depan sambil meminimumkan kesan ke atas alam sekitar.

“Di bawah rangka kerja strategik ini, ZTE dan SACOFA akan meneroka penggunaan suit bersepadu penyelesaian kesalinghubungan generasi akan datang, termasuk stesen pangkalan rintis luar bandar yang direka bentuk bagi pengembangan liputan yang cekap dan boleh diskala.

“Selain itu, penyelesaian akses tanpa wayar tetap (FWA) berkelajuan tinggi untuk kesalinghubungan peringkat akhir yang pantas,” kata kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama. 

Dalam pada itu, bagi menangani kekangan infrastruktur di kawasan terpencil, kerjasama itu juga akan menggabungkan seni bina gelombang mikro hibrid dan satelit angkut hala balik, sistem tenaga hijau berkuasa solar serta hibrid dan platform pemantauan jarak jauh pintar untuk operasi autonomi.

“Selain itu, penyelesaian ZTE dan inisiatif pemodenan rangkaian seluruh negara SACOFA bertujuan mempercepatkan akses jalur lebar ke rumah, rumah panjang, sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan perusahaan, terutamanya di kawasan yang berdepan cabaran logistik bagi menempatkan gentian konvensional,” kata mereka. 

Pengarah Urusan ZTE Malaysia Steven Ge berkata ZTE berasa bangga dapat menyokong perjalanan transformasi digital kerajaan Sarawak.

“Dengan menggabungkan akses gentian optik yang canggih, FWA berprestasi tinggi, platform Wi-Fi awam yang dipercayai, stesen pangkalan luar bandar bersepadu dan sistem tenaga hijau pintar, kami menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian sambungan yang boleh diskala dan selamat, disesuaikan dengan pelbagai landskap di Sarawak,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif SACOFA Jafer Sadig Abdul Lathiff berkata aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi dan maju secara digital memerlukan strategi infrastruktur yang berpandangan jauh dan perkongsian teknologi yang dipercayai. 

“Menerusi kerjasama yang diperkukuhkan dengan ZTE Malaysia ini, kami sedang mempercepatkan kesalinghubungan luar bandar melalui gentian optik, FWA dan platform Wi-Fi awam yang selamat, memastikan akses yang inklusif kepada perkhidmatan digital kepada semua rakyat Sarawak.

“Kerjasama teknologi yang kukuh ini menjadi asas untuk memajukan objektif PCDS 2030 kerajaan negeri dan Ekonomi Digital Sarawak 2030,” tambahnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hii Nai Toh terus terajui Institut Perubatan Cina Sarawak sesi 2026–2027
Next: Isu harga di bazar: KPDN Sarawak gesa pengguna buat laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.