Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid baharu Kampung Tebaang pemangkin pembangunan rohani dan sosial
  • Tengah
  • WILAYAH

Masjid baharu Kampung Tebaang pemangkin pembangunan rohani dan sosial

Utusan Sarawak 6 hours ago
MASJID BAHARU KAMPUNG TEBAANG… Bakal menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih berdaya tahan dan bersatu.

DARO: Projek pembinaan masjid baharu Kampung Tebaang bernilai RM4.538 juta merupakan langkah strategik dalam memperkukuhkan pembangunan rohani dan sosial masyarakat luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek tersebut bukan sekadar menyediakan kemudahan ibadah, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih berdaya tahan dan bersatu.

Menurutnya, masjid berkenaan bakal berfungsi sebagai pusat pembangunan ummah yang menyeluruh, merangkumi pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

“Ia akan menjadi platform pelaksanaan kuliah agama, kelas KAFA, ceramah serta program belia yang mampu membentuk jati diri dan sahsiah generasi muda.

LAWATAN… Safiee meninjau pelaksanaan projek membina dan menyiapkan projek pembinaan masjid baharu Kampung Tebaang.

“Dalam masa sama, ia menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam program sosial yang lebih tersusun dan berimpak tinggi,” katanya kepada Utusan Sarawak, hari ini.

Safiee berkata, pembinaan masjid di atas tapak seluas lima ekar itu turut melengkapkan kemudahan sedia ada iaitu sebuah dewan serbaguna dan gelanggang futsal yang telah siap dibina sebelum ini menerusi projek RTP.

Gabungan kemudahan tersebut, katanya, menjadikan kawasan berkenaan sebagai pusat sehenti aktiviti keagamaan, sosial dan riadah penduduk Kampung Tebaang.

“Ini merupakan pelaburan jangka panjang terhadap pembangunan modal insan, selaras dengan aspirasi memperkukuhkan institusi agama sebagai asas kestabilan masyarakat,” ujarnya.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, Safiee menjelaskan bahawa projek semasa telah merangkumi kemudahan asas termasuk kawasan parkir dan kerja-kerja luaran.

RAKAM KENANGAN… Safiee bergambar kenangan bersama yang lain selepas meninjau pelaksanaan projek membina dan menyiapkan projek pembinaan masjid baharu Kampung Tebaang.

“Sekiranya ada keperluan tambahan seperti peluasan kemudahan, ia boleh dipertimbangkan kerana keluasan tapak masih mencukupi,” ujarnya lagi.

Beliau turut menekankan bahawa masjid berperanan sebagai simbol penyatuan masyarakat.

“Masjid adalah titik temu komuniti, tempat bermusyawarah, membina persefahaman dan memupuk semangat kebersamaan.

“Apabila institusi ini diimarahkan, ia akan melahirkan masyarakat yang lebih harmoni, bersatu dan stabil,” kata beliau.

Katanya lagi, projek tersebut merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan infrastruktur luar bandar kerajaan Sarawak yang dilaksanakan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ini adalah sejajar dengan komitmen berterusan kepimpinan kawasan N.43 Daro dalam memperkasakan kemudahan asas rakyat, khususnya dari aspek pembangunan rohani dan sosial,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Safiee menerusi catatan di Facebook memaklumkan bahawa prestasi kemajuan projek tersebut telah mendahului jadual apabila mencapai 85 peratus siap, dan dijangka siap sepenuhnya pada April ini, lebih awal berbanding tarikh asal penyiapan iaitu 2 Jun 2026.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Chap Goh Mei di Tokong Tua Pek Kong Miri meriah
Next: Penerima bantuan TBS dinasihat berhemah sempena Ramadan dan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.