Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Laporan akhir kebolehlaksanaan projek Keretapi Trans-Borneo dijangka siap pertengahan 2026
  • NASIONAL

Laporan akhir kebolehlaksanaan projek Keretapi Trans-Borneo dijangka siap pertengahan 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Laporan akhir kebolehlaksanaan projek Keretapi Trans-Borneo dijangka siap pada pertengahan tahun ini selepas sesi penglibatan tambahan dengan pihak berkepentingan di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata sekiranya cadangan projek itu dilaksanakan, ia dijangka mengambil masa berpuluh tahun untuk direalisasikan.

Bagaimanapun, katanya amat penting agar rancangan jangka panjang disediakan sekarang sebagai ‘batu asas’ projek itu.

CADANGAN jajaran projek Kereta Api Trans-Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan

“Saya baru saja menerima taklimat awal berkenaan laporan interim kebolehlaksanaan projek Keretapi Trans-Borneo dan saya menasihati pihak perunding untuk mengambil kira pelan ekonomi kerajaan Sarawak dan Sabah.

“Ini untuk memastikan jajaran-jajaran dicadangkan benar-benar boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan serantau. Sebagai Menteri Pengangkutan di bawah kerangka MADANI, saya komited untuk melihat pembangunan seimbang dalam Persekutuan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: JENDELA: Kadar liputan internet di kawasan berpenduduk Sarawak capai 98.41 peratus
Next: 82 peratus penerima SARA bulanan, 54 peratus SARA untuk Semua berbelanja setakat 1 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.