Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPT pertimbang luaskan inisiatif pendidikan percuma PTPTN kepada pelajar miskin di IPTS
  • PENDIDIKAN

KPT pertimbang luaskan inisiatif pendidikan percuma PTPTN kepada pelajar miskin di IPTS

Utusan Sarawak 15 hours ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan cadangan memperluaskan pelaksanaan inisiatif pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar miskin yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat kementerian bagi memastikan pelajar layak di universiti milik kerajaan negeri yang dikategorikan sebagai IPTS turut menerima bantuan Biasiswa Anak eKasih.

“Menteri juga menyatakan kami tidak boleh terlepas pandang fakta bahawa universiti milik kerajaan negeri juga dikategorikan universiti swasta tetapi bukan semua mereka daripada keluarga berpendapatan tinggi.

“Kami akan cuba cari jalan dan usahakan langkah supaya kami lebih inklusif, terutama kami harus semak juga kedudukan fiskal, perbelanjaan kami keluarkan kali ini besar namun kami usahakan sebaik mungkin untuk memperluaskan inisiatif ini kepada pelajar layak di universiti swasta pada masa hadapan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Prof Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman yang ingin tahu sama ada kerajaan boleh mempertimbangkan pelajar IPTS milik kerajaan negeri diberi pemberian inisiatif itu.

Terdahulu, Adam Adli ketika menjawab soalan Senator Norhasmimi Abdul Ghani mengenai mekanisme pemantauan bagi memastikan inisiatif pendidikan percuma PTPTN kepada 10,000 pelajar miskin mencapai kumpulan sasar berkata penerima tidak dibenarkan menerima dua pembiayaan pengajian secara serentak daripada penaja berbeza.

Beliau berkata ketetapan itu bagi memastikan peruntukan kerajaan diagihkan secara adil dan telus serta memberi manfaat kepada banyak pelajar yang benar-benar layak.

“Saya juga ingin tegaskan, kami akan pastikan inisiatif ini benar-benar memanfaatkan kumpulan sasar, terutamanya bagi mengelakkan keciciran dan salah guna kelayakan.

“Setiap permohonan disemak silang atau dipadankan dengan data eKasih dan agensi penaja utama yang lain sebelum biasiswa ataupun pendidikan percuma ini ditawarkan kepada yang benar-benar layak,” katanya.

Beliau berkata proses saringan dokumen turut diperketat dan penamatan serta-merta akan dilaksanakan sekiranya didapati mana-mana penerima melanggar syarat penajaan atau mengemukakan dokumen palsu. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPM perkukuh pendigitalan pendidikan menerusi program Jaulah Ramadan Komuniti KPM
Next: BPHB lanjut tarikh tutup permohonan biasiswa hingga 31 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.