Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Hospital Saratok terus dinaik taraf demi keselesaan rakyat
  • KESIHATAN

Hospital Saratok terus dinaik taraf demi keselesaan rakyat

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa menyantuni para pesakit di beberapa wad Hospital Saratok dalam satu lawatan kebajikan bersama ALPHS dan PPPWS hari ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, terus komited dalam memastikan kemudahan kesihatan di kawasannya berada dalam keadaan terbaik demi keselesaan rakyat.

​Bagi tahun ini, beliau mengumumkan inisiatif untuk menaik taraf Hospital Saratok dengan memanfaatkan peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP). 

Projek tersebut bakal memfokuskan kepada penambahbaikan kawasan parkir di Unit Hemodialisis serta perkarangan hadapan bilik mayat hospital berkenaan.

​Mengimbas kembali usaha pada tahun lalu, Mohamad Duri menyatakan bahawa peruntukan RTP 2024 sebanyak RM200,000 telah pun disalurkan untuk menaik taraf jalan di pintu utama hospital. 

Hasilnya, kawasan parkir yang dahulunya berlubang dan sering bertakung air kini telah berubah wajah dan lebih selesa untuk digunakan oleh orang awam.

​”Saya melihat peruntukan RTP ini mempunyai impak yang besar dalam membantu rakyat. 

“Memandangkan Hospital Saratok ini sudah lama, keperluan infrastruktur yang baik amatlah mendesak dan perlu diberi perhatian segera,” katanya.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa menyantuni para pesakit di beberapa wad Hospital Saratok dalam satu lawatan kebajikan bersama ALPHS dan PPPWS hari ini. Foto ADUN Kalaka

​Beliau turut memohon pihak hospital untuk bersabar memandangkan peruntukan RTP adalah terhad, namun beliau menegaskan akan terus mengutamakan pembangunan hospital tersebut secara berperingkat.

​Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Duri berkesempatan menyantuni para pesakit di beberapa wad Hospital Saratok dalam satu lawatan kebajikan, hari ini. 

Turut hadir Penghulu Josephine Entira yang mewakili ADUN Krian, serta rombongan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Saratok (ALPHS) yang diketuai Pengerusinya, Yusuf Terang. ​Turut serta dalam rombongan tersebut ialah ahli-ahli dari Perkumpulan Persekutuan Wanita Sarawak (PPWS) yang diketuai oleh Pengerusinya, Razenah Sepawi. 

Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Jaafar Sepawi serta kakitangan hospital, sebelum sesi taklimat ringkas diadakan sebelum tinjauan ke wad dimulakan.

​Rombongan tersebut meluangkan masa melawat pesakit di wad lelaki, wad wanita, wad kanak-kanak, pusat hemodialisis, serta unit kecemasan bagi melihat sendiri keadaan para pesakit.

​Sebagai tanda keprihatinan, sumbangan berupa pek makanan turut diagihkan kepada semua pesakit yang dilawati bagi menceriakan suasana mereka yang sedang menerima rawatan.

​Program yang dianjurkan oleh ALPHS ini dianggap sangat bermakna dalam memberikan sokongan moral, terutama ketika sebahagian masyarakat masih merayakan Tahun Baharu Cina dan umat Islam kini sedang menjalani ibadah puasa.

​”Kita mahu mereka tahu bahawa mereka tidak dilupakan. Walaupun dalam keadaan tidak sihat, sokongan daripada masyarakat tetap ada untuk memberikan semangat kepada mereka agar segera sembuh,” ujar Mohamad Duri lagi.

​Beliau menambah bahawa lawatan seumpama ini merupakan bukti kebersamaan antara Pusat Khidmat ADUN Kalaka, ALPHS, dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjaga kebajikan komuniti setempat.

​Diharapkan sumbangan dan kehadiran rombongan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban emosi serta menceriakan hari para pesakit di Hospital Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Sarawak kekal berisiko tinggi kes tibi, orang ramai disaran jalani saringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.