Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas hilang ditemui lemas di hilir Long Kebar
  • KEMALANGAN

Warga emas hilang ditemui lemas di hilir Long Kebar

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITEMUI LEMAS… Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa dari sungai, hari ini. Foto BBP Limbang

LIMBANG: Mayat warga emas yang dilaporkan hilang ketika membaiki perahunya di Long Napir, Rabu lalu, ditemukan lemas di hilir kawasan Long Kebar, Sungai Limbang, tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata, mayat mangsa, Hendry Sian Tama Sian, 64, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 12.00 tengah hari.

“Pasukan SAR menemukan mayat mangsa di hilir kawasan Long Kebar, Sungai Limbang. Mayat mangsa berada di timbunan ranting kayu kira-kira satu jam 45 minit dari lokasi kejadian bot karam.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Kampung Long Napir menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BAWA BALIK… Mayat mangsa dibawa ke Kampung Long Napir menggunakan kenderaan pacuan empat roda, hari ini. Foto BBP Limbang

Menurutnya, operasi SAR di Sungai Limbang yang memasuki hari ketiga hari ini dijalankan menggunakan lima bot milik penduduk kampung.

Kaedah pencarian di permukaan air dilakukan di kawasan hilir dengan perluasan radius sehingga 20 kilometer, selain pencarian di kawasan hulu sejauh tiga kilometer.

Beliau berkata, susulan penemuan mayat mangsa, operasi SAR ditamatkan hari ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Pisang Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.