Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bazar Ramadan jadi lambang keakraban masyarakat di Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Bazar Ramadan jadi lambang keakraban masyarakat di Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
RASMI BERSAMA… Awangku Jinal Abedin bersama Henry Sum Agong merasmikan Bazar Ramadan Lawas 2026 di Dataran Bandar Lawas.

LAWAS: Bazar Ramadan di Lawas menjadi simbol keakraban masyarakat pelbagai bangsa dan latar belakang, berkongsi juadah berbuka puasa bersama tanpa sebarang prasangka.

Semangat keakraban ini perlu dipelihara, khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk Sarawak, agar terus bersatu dan menjadi satu warga Sarawak yang harmoni.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, berkata Bazar Ramadan juga menjadi medan untuk menyemarakkan semangat perkongsian makanan yang menarik setiap kali tiba Ramadan.

BERTEMU PENIAGA… Henry Sum dan Awangku Jinal Abedin meluang masa bertemu dan membeli juadah berbuka puasa.

“Tahun ini, jumlah gerai jualan bertambah berbanding tahun lepas, iaitu sebanyak 240 gerai. Kita juga dapat menyaksikan minat dan semangat para penjaja, selain kehadiran ramai pengunjung ke Bazar Ramadan kali ini.

“Apa yang lebih menyeronokkan ialah kehadiran Ahli Parlimen kita, Dato Henry Sum, bersama kepimpinan masyarakat seperti Temenggong, Pemanca dan ketua-ketua masyarakat daripada pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan satu gambaran menarik tentang keunikan Lawas dan Bazar Ramadan pada tahun ini.

KEAKRABAN BANGSA… Awangku Jinal Abedin bangga melihat Bazar Ramadan menjadi penyemarak perpaduan sebagai lambang keakraban masyarakat majmuk Sarawak.

“Inilah yang kita inginkan diteruskan untuk Lawas khasnya dan Sarawak amnya dan dimana ia adalah melambangkan perpaduan silaturahim bersama berbagai bangsa-bangsa yang lain sebagai satu warga Sarawak yang akrab,” katanya kepada media selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada perasmian Bazar Ramadan Daerah Lawas di Dataran Bandar Lawas semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Temenggong Rosili Majid, Temenggong Davis Parag, Presiden Persatuan Tarik Tali Sarawak (PTTS) Steve Lius, Timbalan Presiden PTTS Mohd Nazmi Tengahdan kenamaan tempatan lainnya.

Bazar Ramadan Lawas tahun ini menyediakan sebanyak 240 gerai jualan yang meliputi semua jenis makanan untuk berbuka puasa dan juadah lainnya.

Bazar Ramadan Lawas turut menjadi destinasi pengunjung daripada negeri Sabah dan negara Brunei bagi merasai cita rasa makanan beraneka yang boleh didapati di Bazar Ramadan ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendekatan turun padang kukuhkan semangat muafakat masyarakat
Next: Bantuan SKAS bukti kerajaan Sarawak prihatin imbangi beban rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.