
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menziarahi pusara ayah dan ibunya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bandaraya Kuching, hari ini.
Beliau menziarahi pusara ayahnya Allahyarham Tun Abang Openg Abang Sapiee dan ibunya, Allahyarhamah Toh Puan Dayang Masniah Abang Haji Abdul Rahman selepas selesai menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Abang Johari beserta tetamu lain membacakan surah Yasin yang dipimpin Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Selepas bacaan surah Yasin, Abang Johari menabur bunga dan menyiram air mawar ke pusara ayah dan ibunya.
Hadir sama mengiringi beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.