Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki positif Methamphetamine ditahan dalam Op Tapis Khas di Engkilili
  • JENAYAH

Dua lelaki positif Methamphetamine ditahan dalam Op Tapis Khas di Engkilili

Utusan Sarawak 14 hours ago
DUA lelaki masing-masing berusia lingkungan awal 30-an dan lewat 40-an diberkas polis dalam satu operasi khas pencegahan dadah yang dijalankan di kawasan Engkilili, petang tadi. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Dua lelaki masing-masing berusia lingkungan awal 30-an dan lewat 40-an diberkas polis dalam satu operasi khas pencegahan dadah yang dijalankan di kawasan Engkilili, petang tadi.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu (IPD Lubok Antu), tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) menerusi Op Tapis Khas yang memberi tumpuan kepada aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan berisiko.

Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan polis dalam membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah berkenaan, khususnya di sekitar Engkilili yang dikenal pasti sebagai antara lokasi pemantauan.

Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan tindakan terhadap individu yang didapati menggunakan dadah terlarang.

Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut, manakala polis turut menjalankan risikan susulan bagi mengenal pasti rangkaian atau pembabitan lain sekiranya ada.

Dalam kenyataan sama, IPD Lubok Antu menggesa orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di kawasan masing-masing melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211.

Tegasnya, IPD Lubok Antu akan terus komited memerangi jenayah dadah demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat di daerah ini kekal terpelihara serta bebas daripada ancaman penyalahgunaan bahan terlarang.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 21 warga asing ditahan dalam serbuan premis judi atas talian di Siburan, Batu 7
Next: Empat ditahan kes curi kabel menara telekomunikasi di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.