Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Bekalan darah Hospital Miri semakin berkurangan, orang ramai digesa tampil menderma
  • KESIHATAN

Bekalan darah Hospital Miri semakin berkurangan, orang ramai digesa tampil menderma

Utusan Sarawak 4 hours ago
ORANG ramai digesa tampil menderma darah bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. 

MIRI: Bekalan darah di Hospital Miri dilaporkan semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan bagi keperluan pesakit dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penderma tetap yang digelar sebagai ‘Adiwira’ digesa untuk tampil menderma darah bagi memastikan stok bekalan sentiasa berada pada tahap mencukupi, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba.

Tabung Darah Hospital Miri menerusi hantaran di Facebook memberitahu bahawa bekalan darah amat diperlukan bagi menampung keperluan kes-kes kecemasan, pembedahan, pesakit kronik serta mereka yang memerlukan transfusi darah secara berkala.

“Tanpa pendermaan darah secara berterusan daripada orang ramai, stok sedia ada tidak mampu menampung permintaan yang semakin meningkat,” menurut hantaran itu.

Penderma daripada semua kumpulan darah dialu-alukan untuk hadir, terutama kumpulan darah A dan AB yang turut diperlukan ketika ini.

Orang ramai yang ingin menderma boleh hadir ke Tabung Darah Hospital Miri mengikut waktu operasi ditetapkan iaitu Isnin hingga Khamis dari 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari serta 2.00 petang hingga 4.15 petang.

Bagi hari Jumaat, waktu operasi adalah dari 8.00 pagi hingga 11.15 pagi dan 2.15 petang hingga 4.15 petang.

Sementara itu, bagi Sabtu dan Ahad, orang ramai boleh merujuk jadual kempen derma darah bergerak yang dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi laman Facebook rasmi hospital berkenaan.

Orang ramai digalakkan tampil beramai-ramai bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi demi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Masyarakat digesa jalani saringan awal tibi, tingkatkan imuniti
Next: Sarawak kekal berisiko tinggi kes tibi, orang ramai disaran jalani saringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.