Lelaki ditahan disyaki pecah rumah di Batu 9 Jalan Bintulu-Miri

Facebook
WhatsApp
LELAKI warga tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Batu 9, Jalan Bintulu-Miri. Foto IPD Bintulu

BINTULU: Lelaki warga tempatan berusia 38 tahun diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan Batu 9, Jalan Bintulu-Miri.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, suspek berjaya ditangkap hasil kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu bersama Balai Polis Pusat Bintulu.

Menurutnya, suspek dipercayai menyasarkan rumah yang baharu siap dibina tetapi belum didiami bagi menjalankan kegiatan jenayah tersebut.

“Modus operandi suspek adalah dengan mengumpil tingkap rumah secara paksa sebelum melarikan pelbagai barangan berharga melalui pintu utama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

HASIL rampasan dalam tangkapan tersebut. Foto IPD Bintulu

Turut dirampas, beberapa barangan dipercayai hasil curi termasuk panel solar, lampu solar, motor pam air serta pelbagai peralatan pertukangan di sebuah bilik tidak bernombor di kawasan Kemena Land District.

Suspek yang bekerja sebagai juruteknik kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan bagi kesalahan kedua.

Orang ramai khususnya pemilik kediaman dinasihatkan supaya meningkatkan tahap keselamatan kediaman serta menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan komuniti terus terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari

Zulhafiz sambar emas kedua Sarawak

SHAH ALAM: Tiga perlawanan, tiga kemenangan 2-0, itulah perjalanan sempurna Mohamad Zulhafiz Zulhadi dalam misi menghadiahkan emas kedua buat Sarawak