Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 13 lelaki ditahan, positif dadah dalam Op Tapis Khas di Bau
  • JENAYAH

13 lelaki ditahan, positif dadah dalam Op Tapis Khas di Bau

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN… 13 suspek ditahan dalam satu operasi khas membanteras dadah yang dijalankan di beberapa kampung di Bau, hari ini. Foto IPD Bau

BAU: Seramai 13 lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi khas membanteras dadah yang dijalankan di beberapa kampung di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata, operasi di bawah Op Tapis Khas Bilangan 3/2026 itu dilaksanakan oleh pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bau termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan antara 5.30 pagi hingga 9.30 pagi di sekitar Kampung Rumih, Kampung Opar, Kampung Bogag, Kampung Duyoh dan Kampung Serasot.

“Seramai 13 lelaki berusia antara 21 hingga 35 tahun telah diperiksa dalam operasi tersebut.

“Daripada jumlah itu, dua suspek didapati memiliki satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.32 gram dengan anggaran nilai RM35,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Menurutnya lagi, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua 13 suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau, manakala dua suspek yang memiliki dadah akan direman pada 27 Februari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Haide turut memaklumkan bahawa beberapa suspek mempunyai rekod lampau di bawah akta sama, manakala selebihnya tidak mempunyai rekod jenayah.

Tiada rampasan lain dilaporkan dalam operasi tersebut.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat sekawan termasuk wanita tumpas dalam Op Tapis khas IPD Sri Aman
Next: Dua lelaki ditahan positif syabu dalam Op Tapis Khas IPD Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.