Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dikhuatiri hilang di Long Napir, operasi SAR dilancar
  • WILAYAH

Warga emas dikhuatiri hilang di Long Napir, operasi SAR dilancar

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAKLIMAT OPERASI… Anggota bomba yang terlibat dalam operasi SAR di Long Napir menghadiri taklimat disusuli doa untuk keselamatan. Foto BBP Limbang

LIMBANG: Lelaki warga emas dikhuatiri hilang ketika membaiki perahunya yang rosak di kuala sungai Kampung Long Napir, semalam.

Ketua Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan, berkata satu laporan berhubung insiden itu diterima pada 12.25 tengah malam tadi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat ketua kampung, mangsa dikenali sebagai Hendry Sian Tama Sian, 64, turun ke sungai untuk membaiki perahunya yang rosak di kuala sungai berkenaan.

“Bagaimanapun, terdapat penduduk mendakwa melihat perahu yang dipercayai milik mangsa hanyut di tengah sungai dalam keadaan terbalik sebelum bergegas pulang ke rumah panjang untuk memaklumkan perkara itu kepada ketua kampung.

“Susulan itu, penduduk kampung yang menggunakan dua perahu melakukan pencarian ke hilir sungai pada 5.30 petang dan kembali pada 7.30 petang, namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pihaknya bersama pasukan Polis Diraja Malaysia Limbang di lokasi kejadian bermula 8.00 pagi hari ini.

Jarak perjalanan dari bandar Limbang ke Long Napir adalah kira-kira 120 kilometer melalui jalan raya.

Masa perjalanan bergantung pada keadaan jalan dan kelajuan pemanduan, namun lazimnya mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan Nelayan Kawasan Sematan/Lundu digesa lebih proaktif perkasa ahlinya
Next: Operasi SAR Igoh Sengaling ditangguh, akan disambung jika ada petunjuk baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.