Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gangguan bekalan air berjadual di beberapa kampung sekitar Serikin, Stass
  • TEMPATAN

Gangguan bekalan air berjadual di beberapa kampung sekitar Serikin, Stass

Utusan Sarawak 5 hours ago
GANGGUAN bekalan air berjadual di Daerah Bau hari ini, 10.00 malam hingga 4.00 pagi bagi kerja pemprofilan aliran paip utama. Foto JBALB

BAU: Beberapa kawasan di bahagian Kuching melibatkan Daerah Bau akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada malam ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan paip utama.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan tersebut dijadualkan hari ini, bermula 10.00 malam hingga 4.00 pagi hari berikutnya.

Kawasan yang terjejas melibatkan sepanjang jalan dari Kampung Serieng, Kampung Bogag, Kampung Duyoh, Kampung Pinomu, Kampung Serikin, Kampung Serasot, Kampung Sebobok, Kampung Plaman Buow, Kampung Kibang dan Kampung Stass hingga ke Kampung Serikin dan Kampung Stass.

Menurut kenyataan itu, gangguan bekalan air berkenaan adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemprofilan aliran bagi paip utama sistem pengepaman di sepanjang jalan menuju ke Kampung Stass dan Serikin.

Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Pihak JBALB Sarawak memaklumkan bahawa segala usaha akan diambil bagi memastikan kerja-kerja berkenaan diselesaikan secepat mungkin dan bekalan air akan pulih secara berperingkat di kawasan terjejas.

Sebarang kesulitan yang timbul akibat gangguan ini adalah amat dikesali.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau Pejabat JBALB Bau di talian 082-767141 pada waktu pejabat.

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Premier Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.