Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Croatia perkenalkan robot inovatif ‘Tonka’
  • TEKNOLOGI

Croatia perkenalkan robot inovatif ‘Tonka’

Utusan Sarawak 5 hours ago
ROBOT humanoid Tonka telah diperkenalkan semalam di Institut Rudjer Boskovic semasa persidangan robotik humanoid.

ZAGREB, Croatia: Robot humanoid Tonka, yang mampu melakukan rutin tarian gemalai dan lancar serta pergerakan diilhamkan daripada kung fu, telah diperkenalkan semalam di Institut Rudjer Boskovic semasa persidangan robotik humanoid, lapor Xinhua.

Dinamakan Tonka sempena nama popular dalam kalangan wanita Croatia bagi mencerminkan budaya tempatan, robot itu dibina atas platform robot Unitree G1 yang dibangunkan oleh Unitree Robotics China.

Penambahbaikannya, termasuk sistem komunikasi suara disesuaikan dan kawalan motor dipertingkatkan, telah dibangunkan oleh syarikat Croatia Vandri Robotics dengan kerjasama rakan kongsinya dari Slovenia.

Tadej Slapnik, pengarah dan pengasas bersama Vandri Robotics, berkata syarikat itu telah melancarkan aplikasi komersial pertamanya dalam pelancongan.

ROBOT humanoid Tonka telah diperkenalkan semalam di Institut Rudjer Boskovic semasa persidangan robotik humanoid.

“Penyambut tetamu humanoid khusus dijangka beroperasi sepenuhnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang, yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu, mengurus tempahan dan memberikan maklumat hotel,” kata Slapnik.

Slapnik menyifatkan Tonka sebagai robot yang ramah namun profesional. “Dia boleh bergurau, tetapi dia juga tahu bagaimana untuk menetapkan batas (pergaulan). Matlamat kami adalah untuk menjadikannya diterima orang ramai dan mengetengahkan potensi robot humonoid.”

Persidangan sehari itu menghimpunkan pakar-pakar untuk membincangkan pelan hala tuju strategik bagi bidang AI terwujud (embodied AI) yang berkembang pesat, memfokuskan pada keutamaan penyelidikan, integrasi industri, rangka kerja kawal selia dan kerjasama antarabangsa.

-Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: AirBorneo jalin kerjasama dengan IBM bangunkan sistem AI, sasar operasi komersial 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.