Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • NASA undurkan roket Bulan dari tapak pelancaran untuk pembaikan
  • GLOBAL

NASA undurkan roket Bulan dari tapak pelancaran untuk pembaikan

Utusan Sarawak 7 hours ago
PANDANGAN jarak dekat kapal angkasa Orion di atas roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) Artemis II ketika Pelancar Mudah Alih 1 berundur kembali ke Bangunan Pemasangan Kenderaan dari Tapak Pelancaran 39B di Pusat Angkasa Kennedy, Cape Canaveral, Florida, pada 25 Februari 2026. Foto AFP

WASHINGTON, Amerika Syarikat: NASA semalam mula mengundurkan roket Bulan setinggi 322 kaki (98 meter) itu ke hangar bagi menjalani kerja pembaikan selepas jadual pelancarannya ditangguhkan susulan masalah teknikal.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat itu memaklumkan roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) akan dialihkan dari tapak pelancaran di Cape Canaveral, Florida selepas pasukan teknikal mengesan masalah pada aliran helium.

JURUTERA NASA berdiri bersebelahan salah satu enjin roket ketika Pelancar Mudah Alih 1. Roket SLS yang menjulang tinggi serta kapal angkasa Orion itu akan dibawa semula ke Bangunan Pemasangan Kenderaan di Pusat Angkasa Kennedy, Florida, bagi menyiasat masalah teknikal dan melakukan sebarang pembaikan. Foto AFP

Keputusan berkenaan membawa kepada kelewatan lanjut misi Artemis 2 yang dinanti-nantikan, iaitu misi kira-kira 10 hari yang akan menyaksikan tiga angkasawan Amerika dan seorang angkasawan Kanada mengelilingi Bulan.

Misi itu dianggap langkah penting ke arah rakyat Amerika kembali menjejakkan kaki di permukaan Bulan, matlamat yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump dalam penggal pertamanya.

PENGAMAL media memerhati ketika Pelancar Mudah Alih 1 yang membawa roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) Artemis II yang besar dan kapal angkasa Orion berundur kembali ke Bangunan Pemasangan Kenderaan dari Tapak Pelancaran 39B di Pusat Angkasa Kennedy pada waktu senja di Cape Canaveral, Florida, pada 25 Februari 2026. Foto AFP

Bagaimanapun, berikutan siasatan teknikal dan kerja pembaikan yang perlu dilaksanakan, penerbangan mengelilingi Bulan itu ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga April, menurut Pentadbir NASA, Jared Isaacman, pada hujung minggu lalu.

NASA berkata proses memindahkan roket dan kapal angkasa itu kembali ke Bangunan Pemasangan Kenderaan (Vehicle Assembly Building), yang terletak beberapa batu dari tapak pelancaran, dijangka mengambil masa kira-kira 12 jam. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 15 terkorban, seekor anjing kecil terselamat dalam nahas helikopter Peru
Next: Anjing liar bawa kaki pesakit, hospital Shimla disiasat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.