Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Puisi
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 9 hours ago

Memaafkan

Memaafkan

Darjat mahkota kemanusiaan

Mahal diri ternilai

Umpama langit kembali terang

Telah dibungkam suram

Nada dan perbuatan

Separa sedar manusia

Menyakitkan di balik pengetahuan hakikat

Memaafkan

Proses penyelenggaraan luka

Bisingan tuntut manusia

Melakar caturan permainan keegoan

Lupus toksik membarah.

Memaafkan

Proses pelapang hati dan jiwa

Terluka tidak menenangkan

Cebisan menguris kata

Akrab binasa

Bagaikan sebilah pisau menusuk ke belakang

Memaafkan bukan melupakan

Namun pahala dari maha esa.

Zainulariffin Zawawi

Mukah




Diam yang Menjerit

di dada

dua angin bertempur–

satu merobek layar

yang rapuh.

aku tergantung

di antara niat dan taat;

akal menadah sunyi,

nafas menimbang untung.

hati tergantung

di jurang yang tak terucap.

malam menelan semua suara,

tinggal satu panggilan–

tanpa wajah, tanpa gema

namun hatiku tahu

dalam sunyi, ke mana harus tunduk.

setiap langkah

mengoyak dirinya sendiri

menarikku ke dalam diam

yang menjerit.

Mohd Noor Asa’a




Di Balik Panji Besi

Sunyi memeluk malam

gelap tanpa arah

cahaya lenyap dari pandangan.

Di  balik panji besi itu

matanya melihat 

mustahil bebas

hanya gema nafasnya

berbisik di telinga

diiringi dinding dingin.

Waktu menyapa dia

mengapa engkau enggan melangkah?

seakan-akan enggan merelakan

detik-detik yang telah pergi.

Namun di celah-celah nafas yang tertahan

ada doa yang belajar berdiri

tanpa suara

tanpa saksi.

Malam menutup luka dengan kelam

besi mengajar erti sabar dan sepi

menjadi teman paling jujur

dalam penantian yang tak berhenti.

Jika esok tak berani datang

biarlah aku tetap di sini

menghitung rindu

sebagai bukti bahawa harapan

masih bernyawa.

Nur Alina Semulih

Matang Jaya

5 Januari 2026

Continue Reading

Previous: Kesederhanaan Tema Kedalaman Naratif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.