Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat pejuang terhempas di Korea Selatan, juruterbang selamat
  • GLOBAL

Pesawat pejuang terhempas di Korea Selatan, juruterbang selamat

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran hutan selepas sebuah jet pejuang Tentera Udara Korea Selatan terhempas ke kawasan gunung di Yeongju, Wilayah Gyeongsang Utara, hari ini. Foto AGENSI.

SEOUL: Sebuah pesawat pejuang F-16C terhempas berhampiran Yeongju di Wilayah Gyeongsang Utara pada hari ini, namun juruterbangnya berjaya melenting keluar dengan selamat, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik Tentera Udara Korea Selatan.

Pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Chungju itu terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Yeongju kira-kira 7.31 malam waktu tempatan ketika menjalani latihan penerbangan waktu malam.

“Juruterbang berjaya melenting keluar dengan selamat dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan, dan setakat ini tiada kerosakan awam dilaporkan,” menurut kenyataan Tentera Udara dalam mesej teks kepada wartawan.

Tentera Udara memaklumkan yang satu pasukan petugas  ditubuhkan bagi mengenal pasti punca nahas.- Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Dua pekerja maut terjatuh dalam turbin angin di Jerman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.