Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Buruh ditahan bersama 0.70 gram syabu dalam Op Tapis di Limbang
  • JENAYAH

Buruh ditahan bersama 0.70 gram syabu dalam Op Tapis di Limbang

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUSPEK DAN SYABU….dua suspek bersama syabu yang dirampas di Kampung Mengatai, Limbang.

LIMBANG: Seorang buruh ditahan bersama dadah disyaki syabu seberat 0.70 gram dalam Op Tapis di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mengatai, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang (IPD) Limbang dalam serbuan pada 2.50 petang.

“Suspek ditahan bersama satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu seberat sekitar 0.70 gram.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine. Semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan media.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang penganggur berusia 45 tahun turut ditahan dalam serbuan berasingan sekitar 2.55 petang di kampung sama selepas ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif amphetamine dan methamphetamine.

Semakan mendapati suspek kedua tidak mempunyai rekod lampau dan dipercayai terbabit dalam aktiviti penagihan dadah sejak awal 2021.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Parum menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah serta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan itu kepada pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Limbang di talian 085-211466, hotline 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak di talian 017-5929211 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 14 warga asing ditahan dalam Operasi Kutip dan Sapu di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.