Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Lubok Antu tangkap ular ‘cincin emas’ dua meter di Stesen Janakuasa Batang Ai
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Lubok Antu tangkap ular ‘cincin emas’ dua meter di Stesen Janakuasa Batang Ai

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA APM Daerah Lubok Antu berjaya menangkap seekor ular dikenali sebagai ‘cincin emas’ sepanjang kira-kira dua meter di kawasan Stesen Janakuasa Batang Ai, semalam. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu berjaya menangkap seekor ular dikenali sebagai ‘cincin emas’ sepanjang kira-kira dua meter di kawasan Stesen Janakuasa Batang Ai, selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, semalam.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, pihaknya segera menggerakkan anggota sebaik menerima laporan mengenai kehadiran reptilia tersebut yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pekerja dan penduduk sekitar.

Operasi berkenaan dilaksanakan oleh tiga anggota pasukan MyAspa-O Delta yang terlatih dalam pengendalian haiwan berbisa dan berbahaya. Tindakan pantas pasukan itu berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ular tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas termasuk penyepit dan penjaring bagi memastikan keselamatan anggota operasi serta individu yang membuat laporan. Kawasan sekitar turut dipantau bagi mengelakkan risiko ancaman susulan.

APM memaklumkan bahawa tindakan segera amat penting bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mengancam keselamatan awam, khususnya di kawasan berhampiran hutan dan sungai yang menjadi habitat semula jadi reptilia.

Sehubungan itu, pihak APM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan haiwan liar, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan profesional.

Untuk sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi APM Lubok Antu di talian 083-584639 atau melalui talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan segera.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Landasan Padang Terbang Lawas ditutup hingga Jumaat ini
Next: Buaya 4.37 meter diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak selepas ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.